Thursday

tentang Memilih Kawan

Saya ni tak la friendly sangat. terus terang saya cakap, saya memang tak ada banyak kawan. Tapi, kenalan memang banyak. Kenal-kenal macam tu jelah. Kawan rapat pun diri sendiri, boyfie, and family jer. Orang lain tu setakat kawan baik la. Kawan yang tak baik je banyak. Ehem... Apa-apa pun, saya memang ada beberapa orang kawan yang memang akan bersama saya untuk masa yang sangat lama. Ada kawan yang dah berbelas tahun kenal. Bertukar-tukar sekolah pun masih kontek2. Hmm... Kat sini, saya nak tulis sikit pasal memilih kawan. Ya, saya mengaku yang saya sangat memilih kawan. Semua orang boleh anggap saya kawan dia, tapi bagi saya mungkin dia tu cuma kenalan je. 

Oklah, kenapa kita mesti pilih kawan? Ada banyak sebab. Ye la, kalau kita terlampau ikutkan kata-kata 'nobody's perfect', so, takkan le nak kawan dengan penagih dadah, mat rempit, pembunuh...ye tak? Sebab tu la kena survey dulu, baru kawan. Teringat plak kata-kata seorang yang saya sanjungi (tak bleh dinyatakan di sini), 'berkawan la dengan vitamin friend, bukan toksik friend'. Huh...lepas dengar kata-kata orang itu, terus saya rasa bersemangat! Nak jauhkan diri dari toksik friend! And xla rasa bersalah bila tiba-tiba je saya jauhkan diri kan? Ye la, memang semua tindakan yang untuk kepentingan dan kesejahteraan diri adalah (macam) mementingkan diri. Tapi, mengaku jelah, sapa la yang nak hidup susah. Lebih-lebih lagi berkawan dengan orang yang pandai pergunakan kita je.

Saya ni tak la banyak pengalaman hidup. Masih muda katakan... Tapi, boleh tahan banyak juga la berkawan dengan orang yang pelbagai ragam ni. Macam-macam lah! Ada yang depan kita, bukan main best-friend forever! Bila belakang kita, cakap-cakap la plak. Ye la, tentu la banyak gile benda tentang kita yang dia tau kan. Ada juga yang cari kita bila susah je. Bila senang, hilang entah ke mana. Dah lah tu, dengan geng2 yang lain plak tu. Bila ada prob dengan geng2, muka kita juga tempat nak mengadu. Ada yang lagi best and memang muka tembok habis! Minta tu, minta ni... kita bagi je lah kan, kawan la tadi katakan. Tapi dia kedekut nak mampus! Yang paling best, dia cakap kat orang, kita plak yang tak nak share2. Dalam banyak2 jenis kawan, yang paling saya anti, adalah kawan yang pandai pergunakan orang. Sesedap rasa je nak gunakan orang. Ambik kesempatan lagi tu. Tak boleh tengok orang muka innocent cikit, start la nak pijak2. Entah apa2 la. 

Kenapa lak saya tiba2 post macam ni? Saya bengang dengan orang ke? Tak de lah. Saje je nak luahkan perasaan. Kadang-kadang sakit hati ni klau dipendam lama, jadi pekasam plak nanti. Busuk. Sebenarnya, banyak kawan yang baik dalam koleksi saya. Haha.. Jadi, pilih kawan tu elok2 cikit. Klau perangai memang tak masuk di akal, tinggalkan je. Senang cerita. Tak payah gaduh2. Kawan yang baik2 plak, truskan berkawan. Jangan lupa kawan. Janagan makan kawan. And kepada yang suka makan kawan, ingat2 la cikit, dinding pun bleh mendengar, bukit pun ada mata (hills have eyes). Maksudnya, klau kita asyik nak makan kawan je, suatu hari pun akan terbongkar jua.

Oklah, tata!

8 biji gula2:

Post a Comment

Hi! Komen le... Entri I memang dlm BI tp korang bleh komen dlm Malay pun :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...