Tuesday

Bila Mau Terbang

Hello! :D

Hari ni rasa macam nak buat entri BM, ok. Suka hati I la. Sebelum I bt entri ni, cuba teka apa I buat? Apa? Gi tandas...? Tak boleh ke pikir benda lain, mandi ke, makan ke... Pe2 pon, I baru je siap goreng nasi. Nasi goreng ayam. Haaa... I ni pandai juga la hal masak2 ni XP

Ok, tengok tajuk entri ni, apa yg korang pikir? Mesti korang pikir kalau la manusia ni ada sayap atau korang pikir yg I ni pandai terbang? Haha... tak nak merepek lagi, meh I cerita.... Entri ni nak cerita pengalaman I time naik kapal terbang. I ni tak la naik kapal terbang tiap bulan ke, tahun ke.. tapi banyak juga la pengalaman ni. Terutama time tinggal kat Labuan, time Matriks dulu. Asal cuti je terbang... 2 flight br smpai Kuching... 

Antara cerita common yang I ingat, mungkin berlaku kat korang gak... bila flight delay. I ok je klau delay2 ni klau 1jam 2jam... Masih relaks je. Tapi I pernah delay 2jam yg sangat sengsara. Kan tadi I btau yg dua flight baru I smpai Kuching, ye la.. dr Labuan ke KK, dr KK ke Kuching. Cuma ada 1 flight ke KK, jam 12.30pm. Dr KK plak, flight seterusnya ke Kuching jam 7.30pm. Kena tunggu kat airport KK dalam 7jam macam tu la.
Ok, apa lagi, I explore la bandar KK sorang2, sebab jarang balik sama2 kawan. Dah puas explore2, tiba2 MAS kol, cakap flight delay 2jam, jam 9.30pm baru smpai..... =.= dah la tunggu 7jam tambah lagi 2jam.....

Ni cerita lain plak. Ada sekali tu, naik flight nak g KL. Dah dalam kapal terbang dah time tu. Semua penumpang pun kat tempat memasing. Heran la napa tak jalan2 kapal terbang nih. Lepas dalam situ 10minit, tiba2 muncul la 2 orang perempuan, muda, sebaya I la kot... Punya banyak barang dia bwa, siap ada gitar lagi. Meka masuk dr pintu depan, terus letak barang kat depan stewardess tu, then jalan gi seat memasing. Tak malu langsung! Dengan herannya stewardess 2 orang tu tolong angkat barang dorang. Jelas la yang dorang ni lmbat check-in and konpem lambat smpai airport. First time naik flight ke dik?

Then, ni plak crita satu lagi. Time tu I dengan kawan I, kami ni awal la masuk. I slalu bw handbag je masuk flight, kawan I kebetulan time tu bawa bagpack tapi kecik la, macam saiz beg budak skolah je. Dia letak la elok2 kat compartment atas tempat duduk tu. Kami pon duduk2 la sambil penumpang lain2 masuk and simpan barang mereka. Ada la sorang laki ni duduk satu row dengan kami, dahlah badan besar, beg dia besar giler juga! Tiba2 stewardess ni tanya and angkat beg kawan I, 'beg siapa ni?' kata dia. Kawan I pun mengaku la. Pastu stewardess tu cakap, 'Saya letak beg awak kat belakang ye'. Sebab, dia nak masukkan beg besar lelaki tadi tu kat atas. So, beg kecik kawan I la jadi mangsa. Lepas ni, korang ingat la... jangan bawa masuk beg yang besar kat dalam flight. Biar masuk kargo je. Memang ada penumpang yang rasa geram tengok korang taw! Contohnya, I la~~~

Ahh~ panjangnya entri ni. Banyak lagi sebenarnya yang I nak cerita. Tapi lain kali je la I sambung ok?

:D

6 biji gula2:

Muhammad Afiq Bin Alias said...

haha

Thristhan said...

Entry BM ye. Bahasa saya tak sefasih you la. Tapi boleh la faham faham sikit :) Nice entry by the way.

C i k P i p i T e m b a m said...

hahahaha .... dh lama x terbang . huhuhu

Emilly Amisa said...

@Muhammad Afiq Bin Alias what's so funny? lol~ :P

Emilly Amisa said...

@Thristhan weeeeee~~~ thx 4 da compliment :D suddenly i feel like writing in BM... just 4 fun~~~

Emilly Amisa said...

@C i k P i p i T e m b a m jom la terbang >.< macam2 benda bleh blaku klau terbang ni :P

Post a Comment

Hi! Komen le... Entri I memang dlm BI tp korang bleh komen dlm Malay pun :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...